1: Pak Abu sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI SEMUA NANGKA-NANGKA TELAH DISUNTIK RACUN'
2:
Ali:weyh ,aku nak pinjam gitar ko bleh tak ?
Ajoi:aku dah buang lar gitar tuh sbb rosak .
Ali:laa , kan baru beli,takkn dah rosak kowt ?
Ajoi:yela ,bila aku beli,aku tengok ade lubang kt tengah2 gitar tuh,so aku buang la .
3:
Test Power Bahasa Ingres
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )
4:
Hukuman Untuk Guru
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.
"Baik, baik," kata Hakim.
"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
5:
Kisah 3 Perompak
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kot a..
Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang
yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat
hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..
"Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"
6:
BUDAK - BUDAK ZAMAN SEKARANG:-
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata,
" Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya. "
" Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi? ", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
" Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi surirumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel. "
" Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata,
" Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya ".
Cikgu: =.="
7:
Klinik
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
8:Di sebuah tadika , kedengaran dua org kanak-kanak sedang b’gaduh .
Aiman : kau memang beruk la !
Ahmad : kau la beruk … !
Aiman : eh … kau yg beruk ! kata aku plak !
Beberapa minit kemudian , muncul la cikgu tadika utk meleraikan p’tengkaran t’sebut .
... Cikgu : kenapa gaduh-gaduh ni ? x baik taw !
Aiman : beruk ni kata sy beruk cikgu !
Cikgu : Aiman , Ahmad , mari sini . Cuba tengok tangan kamu ? sama kan ?
Aiman & Ahmad : (serentak) sama cikgu !!
Cikgu : cuba tengok mata , hidung & telinga kamu … sama juga kan ?
Aiman & Ahmad : sama juga cikgu !!
Cikgu : kalau da sumenya sama , maksudnya kalau Aiman BERUK kamu pun BERUK juga la Ahmad ! Faham !
Aiman & Ahmad : Faham cikgu !
Ahmad : tapi … errr … mengapa tangan , mata , hidung dan telinga cikgu sama mcm kami ? cikgu pun BERUK juga ke ???
9:Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
No comments:
Post a Comment